[VIDEO] Suami isteri suspek bunuh Nur Aisyah Aleya direman seminggu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Suami isteri suspek bunuh Nur Aisyah Aleya direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang mayatnya ditemui di kawasan gaung Gunung Raya di sini semalam.

Perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki berusia 37 tahun yang tidak bekerja dan isterinya berusia 40 tahun, seorang jururawat Hospital Langkawi dikeluarkan Majistret Mohd. Ridzwan Salleh.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu kedua-dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Langkawi di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan berpakaian lokap.

Pasangan suami isteri terbabit ditahan pada petang kelmarin di sebuah inap desa di Taman Melati, Ampang, Selangor berhubung kes kehilangan Nur Aisyah Aleya yang dilaporkan ibu kandungnya, Rosmaliah Samo, 32, pada 3 Mac lalu.

Mayat kanak-kanak malang itu kemudian ditemui di satu kawasan gaung di Gunung Raya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas suspek menunjukkan kepada polis lokasi mayat mangsa dibuang dipercayai pada 16 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini