PUTRAJAYA 1 Mac.- Kementerian Pertahanan mahu siasatan lanjut dilakukan berhubung arahan dan cadangan agar Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu. Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Rafizal Ali berkata, wujud keraguan mengapa LTAT perlu membayar dengan jumlah sebanyak RM555 juta bagi mengambil alih projek AES sedangkan kos asal adalah sebanyak RM40 juta. Sehubungan itu katanya, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan…










