[VIDEO] Lawan arus : 4 penunggang motosikal ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lawan arus : 4 penunggang motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mac – Empat lelaki yang menunggang motosikal melawan arus ketika cuba mengelak sekatan polis ditahan dalam Operasi Motosikal, Samseng Jalanan dan Cegah Jenayah Bersepadu di sekitar ibu negara malam tadi.

Turut ditahan ialah seorang penunggang motosikal yang didapati di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata,  kesemua penunggang motosikal yang ditahan berusia 18 hingga 20 tahun. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain kesalahan yang dilakukan lima penunggang motosikal terbabit, kita juga  
telah mengeluarkan 633 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran ‘fancy’ dalam operasi ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini awal pagi tadi.

Menurut Mazlan, operasi bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) itu melibatkan lima lokasi iaitu Jalan Pahang, Jalan Loke Yew, Jalan Bangsar, Jalan Kuching serta Jalan Raja Laut menghala ke pusat bandar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini