Unit Udara JBPM bantu Orang Asli sakit - Utusan Malaysia

Unit Udara JBPM bantu Orang Asli sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac) menghantar pesakit wanita Orang Asli yang mengalami deman panas kritikal ke Hospital Gua Musang, di sini semalam. 

Alem Aban, 56, yang tinggal di Kampung Jader, Pos Simpor diserang deman panas kritikal sejak empat lalu. 

Selain itu, dia juga mempunyai sakit asma dan batuk hingga sakit terlantar di rumahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor, Penolong  Penguasa Bomba Mohd. Farhan Marzuki berkata, penerbangan menggunakan helikopter Agusta A109 E itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang pukul 12 tengah hari.

Katanya, helikopter itu kemudian mendarat di Kampung Jader kira-kira pukul 1.25 petang untuk mengambil pesakit terbabit.

“Helikopter yang membawa pesakit itu berjaya mendarat pula di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 1.50 petang.

“Pesakit itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan ambulans JBPM. Keadaan pesakit stabil selepas menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Farhan, penerbangan itu diketuai Juruterbang, Penguasa Kanan Bomba 1, Roslan Aziz serta dibantu Timbalan Penguasa Bomba Mohd. Faizal Latif bersama seorang lagi anggota.

Katanya, anak perempuan pesakit itu, Shassa  Chele, 12, turut mengiringi ibunya menaiki helikopter ke hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini