KUALA LUMPUR – Pemain daripada empat pasukan yang layak menerima bayaran tunggakan gaji sudah menerima wang masing-masing daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa pemain tersebut adalah daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), MOF FC, Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Terengganu City FC. PFAM berkata, pemain yang sudah menerima bayaran ini adalah mereka yang membuat laporan…










