KUALA LUMPUR 21 Mac – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin sebagai individu paling layak mengetuai rundingan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang membabitkan Malaysia dan China.
Malah Guan Eng berkata, beliau terlalu sibuk untuk mengetuai projek berkenaan yang perlu dijalankan sepenuh masa.

“Ini adalah tugas sepenuh masa dan rumit.Saya tiada masa jika dipilih mengetuai rundingan semula ECRL terutama apabila perlu berulang alik ke Beijing dengan tujuh jam penerbangan,” katanya dalam sidang akhbar lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











