Tular gambar model mandi lumpur di jalan rosak, Jokowi arah penyelesaian segera - Utusan Malaysia

Tular gambar model mandi lumpur di jalan rosak, Jokowi arah penyelesaian segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 6 Mac – Selepas tular gambar seorang model mandi lumpur di jalan rosak di Eks Tran Batumarta Sumatera Selatan, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera mengelak insiden buruk terjadi di kawasan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tribunnews melaporkan, kerajaan pusat menghantar Pengarah Pembaikan Jalan Raya di Kementerian Kerja Raya, Atyanto Busono dan Ketua Pelaksanan Jalan Nasional, V Ki Agus Syaiful Anwar ke lokasi berkenaan.

“Presiden (Jokowi) mengambil berat tahap pemulihan jalan rosak yang tular dalam media sosial sejak kebelakangan ini,” kata Atianto, semalam.

Gambar tular itu dimuatnaik jurugambar profesional, Robby Ari Sanjaya baru-baru ini dan menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih pihak berkuasa segera bertindak balas untuk mengatasi masalah berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak mahu masuk campur soal membaiki jalan raya, saya hanya fokus pada karya seni saya sebagai jurugambar,” kata Robby,

Tambahnya, sejak gambar itu tular, banyak warganet bertanya dan meminta Robby mengajar mereka cara-cara mengambil momen supaya apa yang disampaikan menerusi foto itu dapat difahami dan segera mendapat respons. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini