HULU TERENGGANU 8 Mac – Keseronokan seorang tukang masak kantin sekolah berkelah bersama tunangnya di kawasan Air Terjun Belukar Bukit dekat sini petang ini berakhir tragedi apabila pemuda itu mati lemas ketika mandi di situ. Wan Mohammad Rafiq Abdul Karim, 29, yang beralamat di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang dikatakan lemas dalam kejadian pukul 4.36 petang tadi. Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa ditemukan oleh…










