Tragedi MH370: Tampil jika ada cadangan baharu - Utusan Malaysia

Tragedi MH370: Tampil jika ada cadangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersedia mendengar cadangan daripada mana-mana syarikat penerokaan atau pencarian yang mempunyai petunjuk dan teknologi yang boleh dipercayai bagi menggerakkan semula misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, kerajaan masih menunggu cadangan dari syarikat penerokaan dasar laut, Ocean Infinity atau dari mana-mana pihak yang menjalankan misi pencarian yang boleh memberikan petunjuk baharu yang boleh dipercayai berdasarkan terma “No Cure, No Fee” yang bermakna bayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.

“Kita akan mengkajinya. Kita pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini dan kita bersedia untuk berbincang dengan mereka mengenai cadangan baharu jika ada.

“Selepas misi pencarian tahun lepas ditamatkan, tiada cadangan baharu dari Ocean Infinity. Misi pencarian tidak dapat dilakukan sepanjang tahun kerana cuaca dan sebagainya.

Jika Ocean Infinity boleh mengemukakan cadangan baharu, kita akan berbincang dengan mereka,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Memperingati Tragedi MH370 kelima hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN