Top Glove sasar jualan dua angka - Utusan Malaysia

Top Glove sasar jualan dua angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 28 Mac – Pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corp Bhd. menyasarkan peningkatan perolehan jualan dua angka dan keuntungan dari China bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2019.

Pengarah Eksekutifnya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata permintaan terhadap sarung tangan nitril dan getah di China semakin baik berikutan peningkatan taraf hidup, kuasa beli yang tinggi dan jangka hayat penduduk yang meningkat.

“Permintaan terhadap sarung tangan perubatan atau sarung tangan pakai buang ternyata meningkat. Penggunaannya masih amat rendah berbanding negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai prestasi kewangan suku kedua berakhir 28 Feb, 2019 syarikat itu di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Top Glove mempunyai 40 kilang, 35 daripadanya terletak di Malaysia, empat di Thailand dan satu lagi di China.

Pada masa ini, eksport Top Glove ke China menyumbang kira-kira empat hingga lima peratus daripada perolehan jualan kumpulan itu.

Lim berkata kumpulan itu telah menyemak semula harga jualan sarung tangan getah semula jadi sebanyak tiga kali sejak tiga bulan lepas berikutan harga getah asli yang kukuh. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini