KANGAR 28 Mac – Titian kanopi yang terletak di Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Mata Air di sini sememangnya menjadi antara lokasi tarikan pelancongan yang boleh diketengahkan di negeri ini. Titian kanopi atau jambatan gantung yang ketinggiannya 17 meter dan panjang 100 meter itu telah dibuka secara rasmi pada tahun 2012, namun masih ramai tidak mengetahui kewujudannya termasuk rakyat negeri ini. Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Asmaiza…










