IPOH – Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Harapan tidak akan melakukan sebarang rombakan membabitkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam masa terdekat. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh 10 anggota Exco dalam memastikan pentadbiran di peringkat negeri berjalan lancar. “Setakat ini tiada apa-apa perubahan di Perak seperti lazimnya dan pada setiap tahun Exco akan kembali mengangkat sumpah…










