Tiada lagi isu sentitif dalam laporan CEP -Jomo - Utusan Malaysia

Tiada lagi isu sentitif dalam laporan CEP -Jomo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof. Dr. Jomo Kwame Sundram menjelaskan walaupun sebelum ini terdapat isu sentitif dalam laporan yang disediakan majlis tersebut tetapi kini perkara itu tidak perlu dibimbangkan lagi.

Sehubungan itu, Jomo dalam nada yang sama dengan Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin turut menyokong agar laporan CEP yang disediakan mereka itu didedahkan secara umum.

“Walaupun sebelum ini saya ada menyuarakan kebimbangan mengenai isu-isu sentitif dan diplomatik di dalam laporan ini tetapi ia tidak termasuk dalam laporan yang dimuktamadkan Pengerusi CEP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bersetuju laporan ini diterbitkan. Kebimbangan awal saya adalah kerana masalah sensitif dan diplomatik tetapi kini ia sudah tiada,” katanya memetik laporan The Star Online hari ini.

Mengulas lanjut, Jomo berkata, laporan CEP dibuat bukan dengan tujuan untuk diterbitkan secara umum memandangkan objektif utama mereka adalah untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri.

Katanya, ahli CEP turut menjangkakan laporan tersebut akan dikongsi Dr. Mahathir dengan menteri berkaitan sebelum pihak kerajaan membuat keputusan.

“Kerajaan mestilah mendapat nasihat kerana tidak semua orang bersikap terbuka berhubung beberapa topik sentitif. Maklumat yang terkandung dalam laporan ini juga boleh disalahguna,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini