HULU LANGAT 1 Mac – Kerjasama di antara UMNO dan Pas merupakan satu-satunya langkah yang boleh diambil bagi menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Sehubungan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, kedua-dua parti Melayu terbesar negara tersebut akan duduk semeja dan bersama-sama mencari langkah untuk penyatuan tersebut. “Selaku yang diberi tanggungjawab untuk memimpin UMNO, saya telah membuka pintu untuk bekerjasama dengan Pas. Tiada jalan…










