BANGKOK 1 Mac – Thailand menggesa India dan Pakistan menyelesaikan konflik antara mereka menerusi dialog yang konstruktif bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.
Kementerian Luarnya dalam kenyataan hari ini berkata Thailand amat prihatin dengan peningkatan ketegangan antara dua negara.
Thailand menggesa India dan Pakistan melaksanakan sekatan tindakan maksimum dan mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Thailand menggesa kedua-dua pihak berusaha ke arah penyelesaian konflik secara aman menerusi dialog yang konstruktif.
“Ketengangan antara India dan Pakistan, kedua-duanya memiliki senjata nuklear, semakin meningkat sejak serangan ganas di Pulwama, Jammu dan Kashmir, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.
Rabu lepas pihak berkuasa penerbangan awam Pakistan menutup ruang udara negara itu kepada semua penerbangan komersil, manakala India juga menutup sementara lapangan terbang di bahagian utara negara, mengakibatkan beberapa penerbangan di batalkan, atau laluan penerbangannya dialihkan. – BERNAM










