Terima kekalahan dengan hati terbuka - Mukhriz - Utusan Malaysia

Terima kekalahan dengan hati terbuka – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH 2 Mac – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon daripada Bersatu.

Naib presiden PH itu berkata, gabungan berkenaan akan membaiki segala kelemahan bagi memenangi kembali hati rakyat.

“Kami sudah cuba sedaya mungkin tapi rakyat lebih tahu apa pilihan mereka, kami terima keputusan ini dengan hati terbuka. Mana-mana kelemahan akan kami baiki,” katanya kepada pemberita di bilik gerakan utama PH, di sini malam ini.

Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru dengan majoriti 1,914 undi.

“Kami anggap (kekalahan) ini sebagai satu mesej yang mana kami perlu hayati sebaik mungkin,” kata Mukhriz. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN