Tanda awal penyakit jantung - Utusan Malaysia

Tanda awal penyakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CUBA perhatikan dengan teliti kulit badan anda sekarang. Adakah terdapat tompok kuning di sekitar kelopak mata, lengkuk putih atau kelabu di dalam mata arcus senilis atau deposit kuning (benjol) di dalam tendon yang dipanggil xanthomata.

Kalau tanda-tanda itu ada pada diri anda, itu bermakna anda berisiko mengalami penyakit jantung atau kardiovascular (CVD). Walaupun anda baru berusia 18 tahun, anda perlu memerhatikan tanda-tanda itu kerana CVD kini bukan sahaja menyerang individu dewasa.

Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan kira-kira 47.7 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai kolesterol darah yang tinggi. Salah satu punca penyakit jantung adalah kolesterol yang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakar Perunding Kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Ahmad Khairuddin Mohamed Yusof dalam satu temubual bersama Bernama berkata, perubahan tingkah laku individu berkait dengan gaya hidup adalah penting.

Katanya, kita perlu lebih banyak senaman, makan makanan sihat, elakkan alkohol dan lemak tidak tepu pelbagai polyunsaturated fat, serta kurangkan kalori.

Selain itu, Laporan Kementerian Kesihatan 2017, menunjukkan, rakyat negara ini mendapat penyakit jantung pada usia 58 tahun berbanding rakyat Thailand (65 tahun), China (63 tahun), negara Barat (66 tahun) dan Kanada (68 tahun).

Namun ada berita baik mengenainya. Sejak April 2018, rawatan dikenali Repatha boleh diperolehi di Malaysia. Nak tahu apa itu Repatha, baca rencana mengenainya dalam Mega Rona, ruangan Sihat di muka surat 28 & 29 esok (19 Mac 2019).

Dapatkan akhbar Utusan Malaysia esok. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini