KUALA TERENGGANU – Pengalaman pertama kali terjatuh daripada kerbau semalam tidak membuatkan Muhammad Syukur Khamis, 14, serik. Walaupun mengalami muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat kejadian itu, remaja dikenali dengan jolokan ‘Magwli Malaysia’ akan tetap meneruskan minat bermain kerbau demi memburu cita-cita mengikut jejak bapa, Khamis Jusoh, 63, menjadi pengembala moden. “Ini kali pertama saya jatuh kerbau sejak mengikut bapa mengembala haiwan ternakan…










