Syed Saddiq percaya PJS mampu cari jalan terbaik - Utusan Malaysia

Syed Saddiq percaya PJS mampu cari jalan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih tidak campur tangan berhubung isu melibatkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) terutama selepas dilucutkan hak status sebagai badan sukan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Kata Syed, beliau menyerahkannya kepada PJS selain percaya badan perundangan sukan negara itu mampu mengendalikan isu berkenaan dengan baik terutama apabila melibatkan hal-hal berkaitan undang-undang.

“Dalam isu ini adalah lebih baik saya serahkan kepada PJS kerana badan tersebut lebih memahami undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala tindakan juga harus mengikut undang-undang yang ada dan kita juga akan maklumkan kepada pihak persatuan induk antarabangsa berkaitan isu ini dalam memastikan kita dapat terus maju ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melawat keadaan turf baharu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pada minggu lalu PJS mengesahkan AAM sudah dibatalkan status sebagai badan sukan sekali gus tiada lagi kuasa untuk mengiktiraf, menganjur atau terbabit dengan apa saja aktiviti sukan permotoran dalam mahupun di luar negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini