KUALA LUMPUR 28 Mac – Susur keluar di Jalan Kerja Ayer Lama (JKAL 1) di Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (Akleh) akan ditutup sementara untuk memberi laluan kerja-kerja pemasangan ‘crosshead’ dan ‘stressing cage’ pada 26 Mac hingga 8 April ini.
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, penutupan itu akan dilakukan pada pukul 1 pagi hingga 5 pagi.
“Pengguna lebuh raya yang ingin ke Ampang Jaya diminta menggunakan laluan alternatif iaitu melalui susur keluar di Jalan Memanda 9 sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan.
“Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalu lintas, pemasangan kon keselamatan, papan tanda amaran dan konkrit ditempatkan di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.mysuke.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways atau hubungi talian bebas tol 1-300-88-9922. – UTUSAN ONLIN











