BUKIT MERTAJAM 30 Mac – Ibarat layang-layang terputus tali. Begitulah perumpaan yang boleh digambarkan kepada kehidupan suri rumah, Masni Haris, 36, yang tinggal di Flat Desa Wawasan di sini. Sudahlah perlu menyara lapan anak yang masih bersekolah, suaminya yang sebelum ini berniaga secara kecil-kecilan pula kini meringkuk di dalam penjara. Akibat kesempitan hidup juga, tiga daripada lapan anaknya masing-masing berusia tujuh, sembilan dan 11 tahun tidak dapat bersekolah sejak April…










