SYARIKAT penyedia perkhidmatan blockchain, Finterra Malaysia (Finterra) memperkenalkan laman web Waqf pada Dialog Fintech Islamik di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menerusi Waqf, orang ramai boleh mewakafkan wang tunai atau aset mereka kepada badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang memerlukan dana untuk tujuan tertentu. Ketua Pegawai Eksekutif Finterra, Hamid Rashid berkata, Waqf yang diperkenalkan pihaknya berbeza sama sekali dengan sistem wakaf sedia ada. Katanya, kemudahan Waqf pihaknya dibina berasaskan teknologi blockchain…










