PUTRAJAYA 20 Mac – Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau untuk membatalkan saman salah laku (misfeasens) dan tuntutan ganti rugi RM7.6 juta yang difailkan oleh calon PKR, Dr. S. Streram. Menurut portal The Edge, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi dan bersidang bersama Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Suraya Othman memutuskan demikian atas alasan pegawai pengurus, Amino Agus Suyub bukan seorang penjawat awam. Mahkamah turut memerintahkan Streram untuk membayar kos sebanyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya