KUANTAN: Enam kubu British yang masih wujud di sekitar pantai Beserah di sini, adalah peninggalan sejarah yang perlu dipulihara kerana ia mengimbau detik getir ketika tanah air dijajah dan diserang oleh kuasa luar sebelum mencapai kemerdekaan. Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Datuk Dr. Aripin Said berkata, peninggalan kubu-kubu tersebut sedikit sebanyak membangkitkan nostalgia penduduk berhampiran tentang sejarah penjajahan di Tanah Melayu. Beliau berkata, enam kubu terbabit dipercayai dibina pihak British…










