KUALA LUMPUR 30 Mac – Raja pecut Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia 2019, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia akui terkilan tidak dapat bersaing dengan jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan biarpun memenangi 100 meter (m) kejohanan itu, hari ini. Bagi juara remaja dunia itu, memenangi kejohanan ini bagaikan tidak memberi makna besar kepada dia tanpa aksi Khairul. Dalam saingan akhir 100m GP Terbuka Malaysia, Lalu meraih kemenangan dengan catatan 10.20…










