KUALA LUMPUR 15 Mac – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Song Sin yang menyamakan serangan di Christchurch, New Zealand dengan permuafakatan UMNO dan Pas sebelum menarik balik kenyataan itu dalam sebuah portal tempatan disifatkan sebagai kurang ajar dan melampau. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kenyataan pemimpin DAP itu tidak sensitif perasaan umat Islam yang bersedih dengan kematian mangsa seagama di negara tersebut.…










