‘Lama tak nampak wajah Diana Danielle sebahagia itu’ - Utusan Malaysia

‘Lama tak nampak wajah Diana Danielle sebahagia itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video bersama seorang jejaka tampan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 34, dilihat duduk bersebelahan lelaki berkenaan dengan kedua-duanya mengenakan busana sedondon berwarna hitam.

Mereka kelihatan berbual mesra sambil tersenyum, malah Diana turut memandang jejaka itu dengan raut wajah penuh kasih sayang.

Perkongsian berkenaan sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat bahawa pelakon filem Magika itu sedang melalui fasa kebahagiaan baharu selepas episod perceraian kali keduanya bersama pelakon Farid Kamil pada Mac lalu.

Walaupun Diana masih memilih untuk berahsia mengenai status sebenar hubungannya dengan jejaka berkenaan, rata-rata peminat dilihat memberi reaksi positif dan merestui sekiranya pelakon itu sudah bersedia untuk kembali menjalin hubungan istimewa.

“Jika betul bercinta, apa salahnya,” tulis seorang peminat.

“Sepadan, lama tak nampak wajah Diana sebahagia itu,” kongsi seorang lagi pengikutnya.

“Kacaknya,” komen netizen lain.

Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa Diana sudah mempunyai kekasih baharu apabila dia dilihat berjalan sambil berpegangan tangan dengan seorang lelaki berkulit sawo matang di sebuah pusat beli-belah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN