Solskjaer kembali ke Camp Nou - Utusan Malaysia

Solskjaer kembali ke Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 15 Mac – Manchester United akan berdepan Barcelona dalam suku akhir Liga Juara-Juara, sementara, dua kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Tottenham Hotspur akan bertembung sesama sendiri dalam undian yang dilaksanakan, hari ini.

Liverpool pula diundi menentang FC Porto di peringkat kalah mati buat tahun kedua berturut-turut, manakala Ajax yang mencipta kejutan menyingkirkan juara bertahan, Real Madrid bakal menghitung pertemuan dengan Cristiano Ronaldo dan Juventus dalam aksi timbal balik itu.

Harapan menggunung kelab England, tahun ini mungkin menjadi milik mereka pada pertandingan elit Eropah, selepas keempat-empat pasukan melayakkan diri ke peringkat lapan terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer, United berdepan laluan getir untuk meneruskan kemaraan, apabila bertembung Barcelona yang diketuai Lionel Messi.

Untuk Solskjaer, aksi timbal balik kedua akan membawa kembali kenangan sewaktu final 1999, apabila warga Norway itu yang dibawa masuk dari bangku simpanan meledakkan gol pada minit terakhir permainan yang menyaksikan United menundukkan Bayern Munich di Stadium Camp Nou.

KEPUTUSAN undian suku akhir Liga Europa pada majlis undian di
KEPUTUSAN undian suku akhir Liga Europa pada majlis undian di Nyon, semalam. – AFP

Dengan City dan United tidak dibenarkan beraksi di laman sendiri dalam minggu yang sama, United bakal melayan kunjungan pendahulu La Liga itu di Old Trafford pada 9 atau 10 April, dengan aksi timbal balik kedua seminggu berselang.

Sementara itu, dalam undian suku akhir Liga Europa, dua kelab Liga Perdana, Arsenal dan Chelsea masing-masing akan menentang Napoli serta Slavia Prague, manakala Villarreal bertemu Valencia dan Benfica menentang Eintracht Frankfurt. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini