Olimpik Moscow. Itu kali kedua pasukan bola sepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik. Kali pertama, pasukan negara beraksi penuh megah di Munich, Jerman (ketika itu Jerman Barat) pada 1972 walaupun terkandas di peringkat kumpulan. Misi layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 penuh emosi dan sentimen. Empat tahun sebelum itu, misi layak ke Sukan Olimpik Montreal gagal apabila Malaysia tewas kepada Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Malaysia hanya perlu seri…










