Skandal penipuan: Universiti Yale batal kemasukan pelajar - Utusan Malaysia

Skandal penipuan: Universiti Yale batal kemasukan pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 27 Mac – Universiti Yale telah membatalkan kemasukan pelajar yang keluarganya didakwa memberi rasuah sebanyak AS$1.2 juta (RM4.9 juta) bagi melayakkan mereka masuk ke institusi berkenaan.

BBC melaporkan, seorang bekas jurulatih bola sepak didakwa menerima rasuah AS$400,000 (RM1.6 juta) untuk menipu kemasukan pelajar bukan atlet ke pusat pengajian berkenaan,

Antara ibu bapa yang dikaitkan dengan skandal penipuan tersebut pada awal bulan ini adalah selebriti Lori Laughlin dan Felicity Huffman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih bola sepak wanita, Rudy Meredith pada November lalu antara 50 individu yang didakwa berhubung kes penipuan kemasukan kolej.

Kolej elit di Connecticut itu memberitahu mereka masih menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan.

Laman web universiti tersebut memberitahu, Meredith dipercayai telah memberi sokongan dua kemasukan atlet.

Universiti Yale bagaimanapun tidak mendedahkan nama pelajar yang dibatalkan kemasukannya dan mengesahkan perkara itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini