Singapura wajibkan juruterbang jalani ujian alkohol - Utusan Malaysia

Singapura wajibkan juruterbang jalani ujian alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 28 Mac- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengumumkan undang-undang baharu yang mewajibkan semua juruterbang yang mengendalikan penerbangan keluar negara itu untuk menjalani ujian pengambilan alkohol.

Undang-undang baharu itu akan dikuatkuasakan bermula 31 Mac ini.

Ujian tersebut adalah sebahagian usaha CAAS dalam mengetatkan pelaksanaan undang-undang terhadap pengambilan alkohol dalam kalangan juruterbang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelaksanaan itu dibuat susulan insiden pembatalan penerbangan Singapore Airlines dari Melbourne ke Wellington selepas juruterbang terlibat gagal dalam ujian berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini