Siasat pencemaran Sungai Ulu Benut, Sungai Machap - Sultan Johor - Utusan Malaysia

Siasat pencemaran Sungai Ulu Benut, Sungai Machap – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Mac – Sultan Johor bertitah mahu pihak berkuasa segera menyiasat pencemaran di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap di Simpang Renggam hingga menyebabkan berlakunya kematian ikan-ikan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung pencemaran itu kerana tidak mahu kejadian seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang berulang.

Baginda juga mahu pihak berkuasa yang berkaitan segera mengemukakan laporan berhubung pencemaran itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lakukan siasatan dan saya juga mahukan laporan segera berhubung perkara ini. Sesiapa sahaja terlibat perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai-sungai.

“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini