Serangan Christchurch: Nasihat 'budak telur' - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Nasihat ‘budak telur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Remaja lelaki berusia 17 tahun yang membaling telur ke atas kepala Senator Australia, Fraser Anning akhirnya bersuara atas tindakan yang dilakukannya itu.

Will Connolly yang mendapat jolokan ‘budak telur’ memuat naik video berdurasi tujuh saat bagi menasihati pengikutnya di media sosial agar tidak melakukan perkara yang sama.

“Jangan membaling telur di kepala ahli politik kerana anda akan dicekik oleh 30 orang pada masa sama. Saya belajarnya daripada kesilapan,” ujarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kosmo! semalam melaporkan Anning dibaling telur oleh seorang remaja ekoran kenyataannya yang bersifat rasis berkaitan insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Dalam satu rakaman klip video yang tular, Anning bertindak menampar muka Connolly pada satu kejadian ketika beliau ditemu bual dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun, kejadian itu berjaya dihentikan oleh beberapa pengawal keselamatan di acara tersebut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini