Semuanya menjadi - Hiddink - Utusan Malaysia

Semuanya menjadi – Hiddink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Skuad bawah 23 (B-23) tahun China melaungkan amaran awal dalam saingan Kumpulan J selepas mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Laos pada aksi pembuka tirai Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Meskipun kecewa selepas gagal melepasi aksi peringkat kumpulan bagi edisi 2018 di laman sendiri apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketiga Kumpulan A, kali ini skuad kendalian Guus Hiddink tiada masalah untuk membenamkan cabaran anak buah V. Sundram Moorthy meskipun terpaksa beraksi di bawah cuaca panas.

Hiddink ternyata berpuas berpuas hati serta mengakui segala perancangan kurang daripada sebulan menjadi dengan baik untuk aksi pembukaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang saya boleh katakan adalah persiapan pasukan untuk tempoh kurang daripada sebulan menjadi ketika berdepan Laos.

“Bukan mudah untuk beraksi di bawah cuaca panas sementara permukaan padang yang tidak rata menyebabkan bola kerap kali melantun.

“Tetapi kali ini segala perancangan serta penekanan yang diberikan dalam sesi latihan berjalan dengan baik apabila pemain mampu mendapatkan gol sehingga penghujung perlawanan.

“Memang benar kami berkelebihan dari segi fizikal namun perlu ingat dalam bola sepak moden kita perlu cergas dalam setiap perlawan,” katanya selepas perlawanan sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, penyerang B-23 China, Yang Liyu meletakkan pasukannya di depan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-29.

Gol kedua hadir menerusi rembatan Shan Huan Huan tiga minit sebelum rehat sebelum Liyu meledak gol kedua peribadinya pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung babak kedua, perlawanan seakan-akan ditamatkan dengan jaringan 3-0 namun rembatan dua pemain gantian dalam masa tambahan iaitu Lin Liangming mampu menewaskan penjaga gol Laos, Kaharn Phetsivilay sebelum Cao Yongjing melengkapkan gol kelima sekali gus melengkapkan tiga mata pertama skuad kendalian Hiddink. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini