Semua pihak perlu akur, insafi titah Sultan Selangor - Utusan Malaysia

Semua pihak perlu akur, insafi titah Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menggesa semua pihak agar menginsafi serta akur akan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menghentikan penghinaan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, perbuatan menghina keperibadian Rasulullah SAW adalah satu tindakan jelik yang akan menjejaskan keharmonian serta perpaduan di negara ini.

“Saya menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berhubung isu penghinaan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya mengulangi pendirian saya baru-baru ini yang mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua menegaskan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW harus dihentikan serta-merta agar tidak mendatangkan kejadian yang tidak diingini sehingga mengugat keharmonian negeri.

Ujarnya, penduduk beragama Islam juga perlu akur terhadap peringatan Sultan Sharafuddin supaya tidak mencemuh agama dan kepercayaan orang bukan Islam.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa termasuklah Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara digesa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini,” katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa dukacita terhadap perbuatan segelintir individu bukan Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Sharafuddin bertitah
perbuatan menghina Rasulullah serta isu-isu mencemar kesucian agama Islam telah sampai ke tahap mencabar kesabaran umat Islam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini