Seminar Semarak Jawi Peringkat Kebangsaan 2019 tarik 200 peserta - Utusan Malaysia

Seminar Semarak Jawi Peringkat Kebangsaan 2019 tarik 200 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 24 Mac – Seminar Semarak Jawi Peringkat Kebangsaan 2019 yang dianjurkan selama dua hari bermula semalam berjaya menarik minat 200 peserta terdiri daripada para guru, pelajar universiti serta orang awam untuk mendalami ilmu berkaitan tulisan Jawi.

Pengarah program, Siti Nor Hasmuni Hassan berkata, program berkenaan yang dianjurkan hasil kerjasama Pasukan Awjad Pulau Pinang, Perpustakaan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Pendidikan Guru (IPG) Tuanku Bainun, Telaga Biru dan Al Ameen bertujuan menyuburkan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Program ini adalah program ketiga yang dianjurkan dan kali ini jumlah penyertaan peserta amat menggalakkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita hanya sasarkan dalam 100 orang peserta namun hampir 200 peserta datang ke seminar ini dan masih ada 50 lagi peserta terpaksa dimasukkan ke dalam senarai menunggu kerana tempat yang terhad,” katanya ketika ditemui di IPG Tuanku Bainun di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini