AUCKLAND 22 Mac – Sebuah sekolah swasta perempuan di sini mengkaji semula polisi pakaian seragam dengan membenarkan pelajarnya bertudung hari ini.
Nzherald melaporkan, kontroversi sekitar larangan tudung di Diocesan School for Girls timbul apabila salah seorang guru mereka membangkitkan perkara itu denga media Turki.
Berita dibuat TRT World mengenai sekolah Anglican di Epsom keluar kurang seminggu selepas 50 muslim dibunuh dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.
Bagaimanapun, Pengetuanya, Heather McRae mahu mengekalkan kod pakaian seragam lama dalam kenyataannya semalam meskipun permintaan orang awam untuk perubahan.
Tetapi, McRae dan Pengerusi Lembaga Pengarahnga, Andrew Peterson menyatakan bahawa kajian semula polisi pakaian seragam bagi membenarkan mana-mana pelajar memakai tudung hari ini.











