KUALA LUMPUR 6 Mac – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 demi meringankan beban yang ditanggung rakyat terutama golongan muda. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, peningkatan gaji minimum perlu dilaksanakan kerana kadar gaji sedia iaitu RM1,100 tidak mencukupi. Menurut beliau, ini boleh dibuktikan apabila buku panduan perbelanjaan Belanjawanku yang dilancarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menunjukkan kos minimum golongan bujang adalah RM1,870…










