MADRID 3 Mac – Sergio Ramos mengakui bahawa Real Madrid tidak mampu untuk mengejar Barcelona bagi persaingan merebut kejuaraan La Liga tetapi menafikan dia sengaja mengasari Lionel Messi semasa aksi El Clasico.
Selepas Ivan Rakitic memberikan meletakkan Barcelona di hadapan di Santigo Bernebue, Ramos dan Messi terlibat dengan ‘insiden berdarah’ pada separuh masa pertama.
Ketika kapten Madrid itu berjaya menghantar bola mengatasi kapten Barcelona, Ramos dilihat sengaja menolak sikunya ke arah muka Messi.
Ramos adalah individu yang sentiasa terlibat dengan kontroversi disiplin di dalam padang tetapi dia menafikan bahawa dia sengaja ingin mencederakan Messi.
“Saya tidak bermaksud mengasari Messi dan dia melihat insiden ini dengan cara berbeza.
“Sangat memalukan apabila kami tewas dalam perlumbaan kejuaraan tetapi kami akan terus berjuang. Tahniah kepada Barcelona. Kami tidak bermain dengan baik,” kata Ramos.-AGENSI











