HULU LANGAT 2 Mac – Calon Bebas, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mengakui tidak melihat dirinya mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, namun telah berjaya memenangi hati rakyat. Beliau malah percaya mungkin akan kehilangan wang depositnya tetapi tidak melihat perkara itu sebagai kegagalan, sebaliknya mahu lebih ramai rakyat menyertai proses demokrasi. “Saya tidak melihat peluang untuk menang tapi saya lihat…










