Savea sebak mengenangkan tragedi di Christchurch - Utusan Malaysia

Savea sebak mengenangkan tragedi di Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ZEALAND 19 Mac – Bekas pemain ragbi New Zealand, Julian Savea menzahirkan sokongannya terhadap komuniti Islam yang terkesan dengan insiden tembakan rambang di Christchurch, Jumaat lalu.

Savea berkata hatinya masih runtun sejak Jumaat lalu ekoran serangan terhadap dua buah masjid yang mengakibatkan 50 orang meninggal dunia dan ramai mengalami kecederaan.

“Saya diberi peluang yang secukupnya untuk mengenali Islam melalui keluarga isteri terutamanya daripada datuk dia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka pernah ke Mekah dua kali, mereka solat lima kali sehari, mereka memberi galakkan kepada saya untuk berpuasa ketika Ramadan dan mengajar apa maknanya untuk menjadi seorang Muslim.

“Dan, saya akan pastikan anak-anak saya mengenali Islam kerana Islam agama yang indah dan orang Islam mempunyai hati yang baik. Saya masih berduka terhadap insiden Jumaat lalu dan saya mahu komuniti Muslim tahu saya bersama anda semua,” katanya.

Jumaat lalu, dunia digemparkan dengan insiden tembakan rambang pengganas anti-imigran, anti-Islam di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood Avenue dekat Christchurch serta kawasan berhampiran Hospital Christchurch.

Suspek utama merupakan rakyat Australia dan dikenali sebagai Brenton Tarrant melepaskan lebih 100 tembakan di Masjid Al Noor pada pukul 1.30 petang waktu tempatan, ketika umat Islam sedang bersiap untuk mengerjakan solat Jumaat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini