LONDON 3 Mac – Alexis Sanchez berkemungkinan besar mengalami kecederaan ligamen lutut semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-2 ke atas Southampton di laman sendiri.
Sanchez memulakan aksi di Old Trafford dalam kesebelasan utama tetapi terpaksa dikeluarkan pada awal separuh masa kedua selepas dilihat mengalami kesakitan di bahagian lutut selepas dicabar pertahanan The Saints, Jan Bednarek.
Ketiadaan Anthony Martial, Jesse Lingard, Juan Mata, Ander Herrera dan Nemanja Matic akibat kecederaan, Ole Gunnar Solskjaer dilihat tidak mampu untuk kehilangan seorang lagi pemain.
United yang akan berdepan banyak lagi perlawanan sukar selepas ini bagi Solskjaer meraih jawatan tetap bersama United, Sanchez berkemungkinan direhatkan untuk tempoh yang lama.
“Kami tidak tahu tahap kecederaan itu dan pemeriksaan rapi perlu dilakukan.
“Berkemungkinan besar ia melibatkan ligamen lutut. Saya harap kecederaan itu tidak begitu serius,” katanya.-AGENSI











