LIVERPOOL – Legenda England, Alan Shearer berpendapat Liverpool sekadar seri tanpa jaringan dengan Everton pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Goodison Park baru-baru ini disebabkan penyerangnya, Mohamed Salah kekurangan keyakinan. Shearer menjelaskan, Salah, 26, mula menunjukkan tanda-tanda rasa gugup apabila mensia-siakan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol bermakna buat The Reds pada perlawanan tersebut. “Salah seperti kekurangan keyakinan dan petanda ini tidak bagus buat Liverpool pada waktu getir seperti…










