BOKKA 11 Mac – Beberapa orang saksi mendakwa melihat pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Ethiopian Airlines yang terbabit dalam nahas mengeluarkan asap dan bunyi aneh sebelum terhempas dekat Addis Ababa, Etiopia, semalam.
Lapor Reuters, seorang petani, Malka Galato berkata, dia melihat beberapa barangan kecil seperti kertas berterbangan daripada pesawat itu.
“Kapal terbang itu turut mengeluarkan bunyi luar biasa dan kemudian membuat pusingan tajam sebelum terhempas,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Seorang lagi petani, Tamirat Abera pula berkata, pesawat itu cuba untuk naik tetapi tiba-tiba ia pusing dan terjunam ke bawah. -AGENSI











