Sah! Ketua balai, dua anggota ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Sah! Ketua balai, dua anggota ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac- Polis mengesahkan tangkapan seorang ketua balai serta dua anggotanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu negara semalam.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta Ketua Polis Kuala Lumpur untuk menjalankan siasatan dalaman.


Menurutnya, bagaimanapun, siasatan kes itu dijalankan oleh pihak SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Yang ditahan adalah ketua balai dan dua anggota di Kuala Lumpur, tetapi saya tidak boleh cakaplah balai mana.


“Beberapa arahan khusus telah diberikan kepada ketua polis negeri dan ketua polis daerah. Jadi jika ada pegawai-pegawai atau anggota kita terlibat, kita akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.


Semalam, akhbar melaporkan lapan penjawat awam dari pegawai dan anggota PDRM serta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ditahan SPRM selepas terlibat dalam aktiviti sindiket rumah urut di sekitar ibu negara.


Menurut sumber, masing-masing empat pegawai dan anggota PDRM serta PBT itu ditahan dalam satu operasi khas SPRM bermula pukul 10.15 pagi sehingga 4.30 petang.

“Kesemua penjawat awam itu dikatakan berperanan sebagai individu yang melindungi rumah-rumah urut tersebut daripada diserbu oleh pihak berkuasa.


“Selain mereka, SPRM turut menahan lapan lagi orang awam yang berperanan sebagai runner bagi mengutip wang perlindungan dari pengusaha-pengusaha rumah urut,” kata sumber tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini