Roslan Bek Timbalan Ketua Polis KL baharu - Utusan Malaysia

Roslan Bek Timbalan Ketua Polis KL baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat membabitkan tujuh pegawai kanannya berkuat kuasa 22 April depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai tersebut adalah Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Kepolisan Am) Bukit Aman, Datuk Roslan Bek Ahmad yang akan menggalas tanggungjawab baharu sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Menurutnya, kekosongan jawatan Roslan Bek akan diisi oleh Ketua Penolong Pengarah (Gerakan), Bahagian Gerakan, Jabatan KDNKA Bukit Aman, Datuk Zulkifli Salleh dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketua Penolong Pengarah (D3), Pencegahan Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Nadzri Hussain pula akan bertukar ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber).

“Ketua Jabatan Pengurusan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman pula akan mengisi kekosongan jawatan Zulkifli di Jabatan KDNKA Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Asmawati memaklumkan, Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan) IPK Sabah, Asisten Komisioner Zabidi Md. Zain akan bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Pegawai Turus (D7) (Pencegahan/Tahanan), JSJ Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin pula akan ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Perak dengan memangku pangkat Superintenden.

“Selain itu, Timbalan Ketua Polis (Kepolisan Am) Iskandar Puteri, Johor, Deputi Superintenden M. Kumarasan akan menggalas tanggungjawab baharu sebagai Ketua JSPT Johor dengan memangku pangkat Superintenden,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini