MADRID 1 Mac – Rodrigo muncul wira Valencia apabila meledak gol kemenangan sekali gus membolehkan pasukannya beraksi di pentas final Copa del Rey apabila menewaskan Real Betis 1-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Mestalla. Valencia akan menentang Barcelona di pentas akhir di laman sendiri pada 25 Mei ini selepas mencatat kemenangan agregat 3-2 dan itu merupakan final pertama Los Ches dalam kejohanan tersebut selepas kali terakhir memenanginya pada 2008.…










