Ringkasan terkini serangan Christchurch - Utusan Malaysia

Ringkasan terkini serangan Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 15 Mac – Sekurang-kurangnya 49 terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam dua serangan di dua buah masjid dekat Christchurch.

Maklumat terkini kejadian:

  • Mangsa: 41 orang terbunuh di Masjid Al Noor. Tujuh meninggal dunia di Masjid Linwood dan seorang maut ketika mendapatkan rawatan di hospital.
  • Suspek: Polis kata ada empat orang ditahan untuk membantu siasatan, tiga lelaki dan seorang wanita.
  • Pendakwaan: Seorang lelaki berusia lewat 20-an didakwa melakukan pembunuhan dan akan dihadapkan ke mahkamah esok.
  • Manifesto: Dalam media sosial sebelum serangan, akaun Twitter dipercayai milik salah seorang suspek menyiarkan pautan manifesto yang penuh dengan maksud antipendatang, anti-Islam dan penerangan mengenai serangan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini