KUALA LUMPUR 19 Mac – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan para pelabur masih tidak memasuki pasaran bagi menunggu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) hari ini. Pada pukul 9 pagi, ringgit berada di paras 4.0770/0800 berbanding 4.0760/0800 ketika ditutup semalam. Peniaga berkata berasaskan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dijangka menangguhkan kenaikan kadar faedah kali ini, pelabur akan memantau perkembangan mesyuarat dasar itu bagi mendapatkan…










