Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Binjai - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas di Sungai Binjai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petaidikhuatiri lemas di Sungai Binjai, Tebing Tinggi, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada pukul 7.20 petang.

Menurutnya, siasatan awal saksi dijalankan sebelum gerakan menyelamat dijalankan oleh anggota bomba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menurut penduduk, mangsa bersama tiga lagi rakan sebelum ini berjoging dan mengambil keputusan menyeberangi sungai berkenaan untuk mendekatkan jarak pulang ke rumah.

“Rakannya gagal menyelamatkan remaja itu, Muhammad Firdaus Ismail, 15, dan meminta bantuan penduduk berdekatan untuk menghubungi pihak bomba,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gerakan menyelamat masih diteruskan oleh anggota bomba dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di persekitaran lokasi sebelum tibanya unit penyelam bomba untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini